Latar belakang

Akif Haikal  pengetahuannya berkaitan bidang ICT masih di peringkat awal. Adik Akif mula mengikuti kelas literasi komputer di Pusat Internet Kg Cherating sejak bulan Ogos 2018 yang lalu.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas ICT di Pusat Internet, adikAkif hanya pandai menggunakan aplikasi Youtube dan permainan game di telefon pintar sahaja. Adik Akif juga menghabiskan masa lapangnya dengan bermain di taman permainan. Adik Akif  tidak mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan kurang mahir untuk menggunakan papan kekunci.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Komuniti Kg Cherating adik Akif sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik Akif sudah boleh membuat slide di Powerpoint tanpa pemantauan yang berterusan oleh petugas. Adik Akif  juga sudah mahir menaip menggunakan papan kekunci. Selain daripada belajar berkaitan asas Microsoft Office dan asas komputer, Akif  juga mengulangkaji pelajaran di Pusat Internet dengan melayari laman web pembelajaran.

 

 

Latar belakang

Pn Fauziah  merupakan setiausaha JKKK Kg Cherating . Beliau sangat aktif dalam pelbagai persatuan yang ada di Kg Cherating  dan memegang beberapa jawatan penting dalam setiap persatuan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, Pn Fauziah memerlukan perkhidmatan orang luar atau petugas Pusat Internet untuk membuat kertas kerja atau membuat minit mesyuarat yang di tugaskan kepada beliau. Pada permulaan beliau hadir ke Pusat Internet, beliau sangat kekok untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci. Beliau merasa takut untuk menggunakan kerana risau akan merosakkannya jika tersalah guna.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di Pusat Internet Kg Cherating, Pn Fauziah telah menunjukkan peningkatan beliau menguasai perisian Microsoft Word di mana beliau boleh menghasilkan setiap tugas beliau dengan sendiri tanpa memerlukan pertolongan dari sesiapa. Perasaan takut beliau untuk menggunakan perkakasan komputer dapat di atasi dengan tunjuk ajar petugas. Kini beliau lebih yakin untuk menggunakannya tanpa was-was.

BELAJAR MENAIP , MEMBUAT POSTER , DAN

MENGGUNAKAN INTERNET

NAMA

MOHD ZAFRAN FAKRI  

UMUR

13 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI PI

JUN 2018 

 

Latar belakang


Mohd Zafran Fakri merupakan pelajar Sekolah Menengah Sungai Baging . Beliau merupakan anak ke 3 dari 4 beradik . Beliau sering ke Pusat Internet untuk belajar menggunakan komputer dan mencari contoh-contoh soalan peperiksaan dan mengikuti kelas-kelas yang disediakan oleh petugas Pusat Internet Kg Cherating . Beliau seorang yang mudah belajar dan amat berminat dalam membuat poster online .

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, Adik Zafran  tidak mempunyai asas pengetahuan komputer dan Internet. Adik Zafran tidak pandai untuk mencari soalan peperiksaan menggunakan internet dan tidak mahir untuk menaip dengan cara yang betul. Selain itu ,beliau juga tidak reti untuk mencipta poster online . 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di Pusat Internet Kg cherating , adik Zafran sudah mahir untuk menaip dengan cara yang betul dan amat meminati kelas membuat poster . 

BELAJAR MENGGUNAKAN INTERNET DAN MENJAWAB QUIZ

NAMA

IFTI NAJATUL AFRINA BINTI FAIZALHIKMI

UMUR

12 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI PI

OGOS 2018 

 

Latar belakang


Ifti Najatul Afrina merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Cherating  . Beliau merupakan anak ke 2 dari 3 beradik . Beliau sering ke Pusat Internet untuk belajar menggunakan komputer dan mencari contoh-contoh soalan peperiksaan dan mengikuti kelas-kelas yang disediakan oleh petugas Pusat Internet Kg Cherating . Beliau seorang yang mudah belajar dan amat berminat dalam menjawab pelbagai kuiz yang disediakan oeh petugas Pusat Internet . 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, Adik Ifti tidak mempunyai asas pengetahuan komputer dan Internet. Adik Ifti tidak pandai untuk mencari soalan peperiksaan menggunakan internet dan tidak mahir untuk menaip dengan cara yang betul. Selain itu ,beliau juga tidak mahir menggunakan komputer untuk mencari bahan-bahan kuiz sediada didalam internet ,

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di Pusat Internet Kg cherating , adik Ifti  sudah mahir untuk mencari bahan-bahan seperti kuiz untuk peperiksaan UPSR  yang bakal diduduki tidak lama lagi 

 

NAMA 

WAN NORHAFIZAH BIN WAN KAHIRUL ISKANDAR

UMUR

12 TAHUN

AHLI 

2018

 

 

Latar belakang

Hafizah merupakan anak kedua dari 3 beradik .  Berumur 12 tahun  dan berasal dari Kg Cherating . Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet untuk belajar menggunakan komputer dan mencari bahan bacaan dan soalan peperiksaan yang bakal diduduki  menggunakan internet . 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, Hafizah tidak cekap menggunakan papan kekunci dan tetikus , beliau juga tidak pandai mencari bahan bacaan dan soalan menggunakan internet . Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT tanpa bantuan petugas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai cara menggunakan perisian komputer , cara menaip , cara "copy&paste" , cara membuat poster menggunakan aplikasi sediaada di internet .