WhatsApp-Image-2022-03-11-at-1.07.03-PM

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)  mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. Pusat Internet Malaysia merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd . Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. 

 

 

try-1

 

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)  mula ditubuhkan pada tahun 2018. Tempat yang dahulunya sebuah tanah kosong bersebelahan bangunan KAFA Ar Rahman Cherating  ini telah dipersetujui oleh ahli JPKK Kampung Cherating untuk dibangunkan menjadi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)  . Hal ini sedikit sebanyak dapat memberi kesan yang positif kepada komuniti setempat  serta masyarakat sekitarnya. 

 

OBJEKTIF NADI

  

 

-  Memberi pendedahan berkaitan ICT.

-  Merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar.

-  Mendidik masyarakat menggunakan komputer dan internet.

-  Menyemai rasa yakin masyarakat/ahli yang tidak pernah menggunakan komputer/internet.

-  Menganjurkan bengkel-bengkel khas untuk manfaat tambahan kepada ahli PI seperti bengkel pembangunan blog dan bengkel mencipta laman web.

-  Mempelbagaikan program untuk ahli bagi menyahut seruan kerajaan untuk Multimedia Super Corridor(MSC).

 

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN : 

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)  menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli.

Antara latihan yang disediakan ialah :

 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Advokasi Klik Dengan Bijak 
  • Latihan keusahawanan

 

 AKTIVITI AHLI NADI


Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut :

v  Kelas Asas Komputer
- NADI akan menganjurkan kelas asas penggunaan komputer secara percuma kepada ahli - ahli yang berminat untuk menyertai.

 

v  Bengkel membangunkan blog Kelas Asas Komputer 
Bengkel ini akan disertai oleh ahli-ahli dewasa. NADI akan menganjurkan kelas asas penggunaan komputer secara percuma kepada ahli - ahli yang berminat untuk menyertai.

 

v  Bengkel movie maker

 - Bengkel ini mendedahkan  masyarakat tentang pembuatan klip video gambar.

 

v  Ruangan aktiviti NADI
- Bagi memberi maklumat kepada ahli NADI tentang program-program yang telah, sedang dan akan dilaksanakan.

 

v  Bengkel kesedaran
- Diadakan untuk tujuan memberi kesedaran dan mendedahkan kepentingan ICT terhadap kehidupan harian.

 

v  Penerapan Nilai Murni
- Menerapkan nilai-nilai murni seperti membaca melalui latihan menaip buku-buku tauladan bagi kanak-kanak 6 hingga 8 tahun.

 

 

 JUMLAH KEAHLIAN 

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)  telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2018. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah :

 

  AHLI LAMA

868

               AHLI BARU BULAN JULAI  2024

10

 KESELURUHAN PADA JULAI 2024

878

 



 KENALI PETUGAS NADI : 

 

 

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI  Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami

 

 

 

                                               AISYAH                                          

 

PENGURUS 

 

Nama : Nur Aisyah Binti Mohd Noor

Mula berkhidmat : 09 Disember 2020

Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Sains Politik)

 

beeha

 

PENOLONG PENGURUS

 

Nama : Nur Nabihah Binti Abdul Razak

Mula berkhidmat : 2 Mei 2018

Kelulusan : Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)

 

 

 

WAKTU OPERASI 

 

Dibuka SETIAP HARI kecuali CUTI UMUM 

 

BUKA 09:00 am - 06:00 pm

Rehat 01:00 pm - 02:00 pm

Jumaat 12:30 pm - 02.30 pm