BELAJAR MENGGUNAKAN INTERNET DAN MENJAWAB QUIZ

NAMA

IFTI NAJATUL AFRINA BINTI FAIZALHIKMI

UMUR

12 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI PI

OGOS 2018 

 

Latar belakang


Ifti Najatul Afrina merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Cherating  . Beliau merupakan anak ke 2 dari 3 beradik . Beliau sering ke Pusat Internet untuk belajar menggunakan komputer dan mencari contoh-contoh soalan peperiksaan dan mengikuti kelas-kelas yang disediakan oleh petugas Pusat Internet Kg Cherating . Beliau seorang yang mudah belajar dan amat berminat dalam menjawab pelbagai kuiz yang disediakan oeh petugas Pusat Internet . 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, Adik Ifti tidak mempunyai asas pengetahuan komputer dan Internet. Adik Ifti tidak pandai untuk mencari soalan peperiksaan menggunakan internet dan tidak mahir untuk menaip dengan cara yang betul. Selain itu ,beliau juga tidak mahir menggunakan komputer untuk mencari bahan-bahan kuiz sediada didalam internet ,

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di Pusat Internet Kg cherating , adik Ifti  sudah mahir untuk mencari bahan-bahan seperti kuiz untuk peperiksaan UPSR  yang bakal diduduki tidak lama lagi