BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Zakaria @ Lokman Bin Othman
Umur : 68 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

En. Zakaria adalah pengunjung yang sering berkunjung ke pejabat daerah bagi urusan tertentu. Beliau yang sering kali sibuk dengan urusan lain mengurangkan beliau daripada aktiviti berkaitan ICT. Namun, beliau mempunyai banyak waktu terluang di pejabat apabila berurusan di pejabat ini. Pada waktu tersebut beliau dijemput ke Mini PI1M KCC bagi mendekati pengetahuan ICT yang terdapat di PI1M.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatannya di PI1M, En. Zakaria tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang borang pembiayaan atau dokumen yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas PI1M. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI1M. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI1MEn. Zakaria telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI1M.