USAHAWAN KECIL HARTANAH

Nama : Hairunnisah Binti Ibrahim
Umur : 63 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Hairunnisah usahawan kecil hartanah di daerah Kemaman.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Hairunniasah merupankan usahawan kecil yang mempunyai beberapa aset disekitar daerah Kemaman seperti rumah dan bangunan kedai. Kebiasaannya, beliau hanya mengiklankan aset yang perlu dijual/disewa melalui risalah dan lain-lain pengiklanan kovensional. Kaedah ini kurang relevan dengan pasaran semasa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pi1M KCC bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan sesawang e-commerce. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pi1M KCC, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian walaupun diketegori warga emas.

Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan Hairunnisah tetap berkunjung ke mini Pi1M KCC bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusannya yang lain dipejabat daerah Kemaman.