Jawatankuasa Keselamatan dan Kemakmuran (JKKK) Cherating ditubuhkan lebih 20 tahun yang lalu. JKKK Kampung Cherating mempunyai 15 orang ahli yang menguruskan organisasi ini sebagai sebuah organisasi perantaraan antara penduduk kampung dan kerajaan. Antara matlamat penubuhan JKKK Kampung Cherating  ialah mengubah kampung tradisi kepada sebuah kampung moden, melahirkan insan rabbani, madani serta mewujudkan kampung yang maju, menarik dan membangun. Berteraskan cogankata 'Kampung Kita, Tanggungjawab Kita', ahli JKKK serta penduduk kampung ini turut berusaha menaik taraf pendidikan anak-anak kampung serta ekonomi penduduk.

 

Selain berusaha memajukan kampung, JKKK juga tidak mengabaikan hubungan baik antara penduduk melalui penganjuran pelbagai aktiviti atau program kemasyarakatan. Program-program sambutan Israk Mikraj, sambutan bulan kemerdekaan dan Majlis Mesra Rakyat sering dianjurkan bersama agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

 

Peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Cherating   adalah untuk memajukan dan menjaga hal ehwal keselamatan penduduk kampung ini. Organisasi seperti ini juga menjadi tunggak utama penyumbang kepada pembangunan di kawasan setempat. Hal ini kerana, ianya bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai penasihat bagi penduduk kampung yang menghadapi masalah, malah turut juga memainkan peranan untuk menyampaikan kepada kerajaan yang memerintah tentang keperluan awam serta keselesaan penduduk.

 

CARTA ORGANISASI JKKK KG CHERATING 

JKKK