Latar belakang

En Ikemar merupakan seorang pekerja swasta yang bekerja di bahagian Oil & Gas . 

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Sebelum penglibatannya di PEDi,  En Ikemar memerlukan perkhidmatan orang luar atau petugas PEDi  untuk membuat kertas kerja  yang di tugaskan kepada beliau. Pada permulaan beliau hadir ke PEDi beliau sangat kekok untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci. Beliau merasa takut untuk menggunakan kerana risau akan merosakkannya jika tersalah guna.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di PEDi Kg Cherating, En Ikemar telah menunjukkan peningkatan beliau menguasai perisian Microsoft Excel, Microsoft Word di mana beliau boleh menghasilkan setiap tugas beliau dengan sendiri tanpa memerlukan pertolongan dari sesiapa. Perasaan takut beliau untuk menggunakan perkakasan komputer dapat di atasi dengan tunjuk ajar petugas. Kini beliau lebih yakin untuk menggunakannya tanpa was-was.