PASAR MALAM KG CHERATING

 Pasar Malam merupakan tempat untuk penduduk tempatan membeli keperluan harian selain daripada membeli belah di Pasaraya. Di Kg Cherating dan Kampung yang berdekatan dengan Cherating  juga terdapat Pasar Malam yang di adakan mengikut jadual dan tempat.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa beza Pasar Tani dan Pasar Malam? Kalau ikutkan sekarang ini Pasar Malam dan Pasar tani tidak banyak bezanya kerana dua-dua menjual hasil produk tempatan seperti sayur-sayuran, hasil laut segar, daging dan ayam juga buah-buahan cuma Pasar malam lebih besar kerana selain daripada produk tempatan terdapat juga peniaga-peniaga yang menjual pakaian, kasut, beg tangan, ubat-ubat tradisional dan moden, kosmetik dan juga aksesori telefon. Selain itu juga makanan tempatan yang pelbagai jenis menjadi salah satu tarikan kerana rasanya yang sedap dan murah.

 

Di bawah merupakan jadual Pasar Malam beroperasi:

 

BIL

NAMA

LOKASI

HARI

WAKTU

1

           PASAR MALAM KG CHERATING

TEPI MASJID KHARIAH KG CHERATING 

Sabtu

4 ptg- 10 mlm

2

PASAR MALAM KG SG ULAR 

DEPAN SEK SG ULAR

khamis

4.00 ptg – 10 mlm