Program :Pengenalan Asas Komputer  

Tarikh  : 9 Ogos  2018

Masa   : 3.30 Petang - 5.30 Petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Cherating

Peserta : 8 orang

Tujuan

Kelas asas komputer ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti yang terlibat tentang komponen komponen komputer dan cara penggunaannya. Selain itu, mereka juga diajar cara cara untuk menggunakan aplikasi asas yang terdapat di dalam komputer seperti microsoft office. Mereka akan diberi tugasan untuk melihat tahap kefahaman mereka melalui ajaran yang diberikan oleh petugas pi1m sekaligus memahirkan mereka mengguna aplikasi tersebut.

Aktiviti

Kelas ini terdiri daripada pelajar pelajar daripada sekolah rendah kebangsaan Cherating . Mereka telah diberi pendedahan yang jelas mengenai komponen yang terdapat di komputer serta penggunaannya. Mereka juga telah diberi penjelasan mengenai microsoft office iaitu microsoft word. Mereka diberi tunjuk ajar tentang microsoft word kerana penggunaan ini penting untuk pelajar terutamanya dalam menjalankan tugas tugas persekolahan. Setelah diberi tunjuk ajar tentang cara penggunaannya , mereka telah ditugaskan untuk menyiapkan satu risalah pengiklanan. Dengan ini, kemahiran mereke untuk menggunakan microsoft word dapat dilihat dan diperbaiki.